IHYA‘ RAMADHAN

Umat Islam digalakkan menghidupkan bulan mulia ini dengan pelbagai amalan ibadah kepada Allah. Antara amalan-amalan yang wajar diperbanyakan ialah:

Tilawah al-Quran : membaca al-Quran secara sendirian.

Tadarrus al-Quran : membaca, mendengar, menyemak, membetulkan bacaan serta mengkaji maksud ayat yang dibaca.

Iktikaf : duduk dalam masjid sambil berzikir, membaca al-Qura atau mendirikan solat-solat sunat.

Solat tarawih : dilaksanakan setiap malam selepas solat Isya' sepanjang bulan Ramadan.

Bersedekah : memberikan sesuatu atau membuat jamuan berbuka puasa kepada golongan miskin.

Qiamullail : bangun di tengah malam (antara jam 3-4 pagi) untuk medirikan solat sunat tahajud, witir atau membaca al-Quran.