LOGO SK SERI NEGERI


Bentuk logo ini adalah sebuah perisai yang melambangkan ketahanan dari segi mental dan fizikal. Manakala, lengkungan membujur sekeliling perisai melambangkan sentiasa berada di dalam landasan 5 prinsip Rukun Negara.
Ukuran sebenar logo : 5cm x 5.5cm

WARNA DAN TAKRIF
Warna Merah
Kesungguhan untuk belajar bagi mencapai cita-cita.

Warna Kuning
Sentiasa bersedia untuk menuntut ilmu.

Warna Hijau
Keharmonian dan kesejahteraan sentiasa dipelihara warga sekolah.

Warna Putih
Melahirkan insan yang luhur supaya dapat memberi sumbangan kepada agama,bangsa dan negara.

STRUKTUR KOMPOSISI DAN TAKRIF
Obor: Melambangkan penyuluh ilmu dan sentiasa menerangi kehidupan.

Rangkaian Gelung Rotan: Bidang kesukanan sentiasa menjadi aspek yang dititikberatkan.

Mata pena Dan buku: Melambangkan kepentingan ilmu iaitu bermula dengan membaca, menulis dan mengira.

Reben Hijau: Melambangkan kejayaan.

Lengkungan bergerigi: Sains dan teknologi menjadi bidang yang luas untuk diterokai.

Pulau Langkawi: Bertapak di Pulau Lagenda dan mendidik anak-anak bangsa dengan penuh dedikasi.