Pada 16 Mei 2010, satu sambutan menyambut hari guru 2010 telah diadakan di SK Seri Negeri Langkawi. Dengan menggunakan tema Guru Pembina Negara Bangsa, sambutan ini berjaya merapatkan hubungan di antara guru-guru dan pekerja serta guru dan murid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersihkan kawasan sekolah pada 15 Mei 2010, pertandingan boling, pertukaran hadiah dan lain-lain. Semoga sambutan seperti ini akan terus dijalankan pada tahun akan datang.
PERSEMBAHAN DARIPADA MURID-MURID