SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Seri Negeri mula ditubuhkan pada 1910 dengan nama asalnya Sekolah Kebangsaan Kuah Perempuan dan Sekolah Kebangsaan Kuah Lelaki. Perkataan asal Kuah diambil daripada perkataan Sanskrit iaitu 'KAWA' yang bermaksud 'KAMPUNG'. Tapak asal sekolah ini ialah bermula apabila kedua-dua buah sekolah terpaksa menumpang tapak. Percantuman rasmi pada 1970 telah menggugurkan nama 'lelaki' da 'perempuan' dan hanya menggunakan nama 'Kuah' sahaja. Pada 17 Oktober 1993, sekolah ini telah mendapat bangunan yang tetap iaitu di Jalan Ayer Hangat. Lokasi sekolah ini berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan bersebelahan dengan Kompleks Sukan Langkawi. Januari 1998, nama Sekolah Kebangssan Kuah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Seri Negeri sempena nama jolokan Pulau Langkawi iaitu "Pulau Seri Negeri".