"Murid-murid yang berada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang dalam bidang intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dengan itu seluas-luasnya peluang akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembang kempat-empat bidang tersebut. Kami pendidik-pendidik mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan mereka."