PUSAT SUMBER SK SERI NEGERI, LANGKAWI
Pusat Sumber SK Seri Negeri akan :
Pusat Sumber SK Seri Negeri akan :
Memastikan warga
sekolah mendapat peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang terdapat di
Pusat Sumber Sekolah
Sentiasa berusaha
memenuhi keperluan pelanggan Pusat Sumber berdasarkan sumber-sumber sedia
adadan yang diperuntukan oleh Kementeriaan Pelajaran Malaysia
Ahli Jawatankuasa
Pusat Sumber sentiasa bersedia untuk menerima
cadangan,nasihat,idea dan teguran
dalam usaha meningkatkan mutu pengurusan dan peranannya sebagai
Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan
Sekolah
VISI
Menjadikan Pusat Sumber SK Seri
Negeri sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat
MISI
Membantu guru-guru dan
pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala
sumber dan teknologi yang terdapat di
Pusat Sumber Sekolah secara berkesan.
Objektif Pusat Sumber
Kecemerlangan
Pendidikan
Meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran berbantukan sumber yang terdapat di Pusat Sumber
Sekolah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif di kalangan
murid.
Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan
guru-guru dan murid-murid menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak
bergantung kepada buku teks semata-mata.
Pemupukan
tabiat Belajar
Memupuk tabiat
belajar sendiri dan berkumpulan dengan cara membaca,menyelidik,ulangkaji
melalui pencarian maklumat secara sistematik.
Penghasilan Bahan
Membantu guru-guru
menghasilkan bahan Bantu mengajar menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat
di Pusat Sumber Sekolah.
Kemahiran ICT dan
Maklumat
Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mempelajari,menggunakan
dan mengaplikasi komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka.
Matlamat Pusat Sumber
Pusat sumber SK Seri Negeri akan :
- Mempunyai barisan pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang berkemahiran, efektif dan berwawasan
- Menjadi pusat akses maklumat serta taman ilmu dan budi
- Mempunyai guru yang berkualiti dan menguasai kemahiran pusat sumber dan berpengetahuan menggunakan pelbagai sumber selari dengan konsep Sekolah Bestari
- Melahirkan iindividu-individu yang berkembang dalam potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu, sesuai dengan perkembangan zaman.
GALERI